Peluang dari Kemnterian Luar Bandar, Konsep Program
ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan
kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam
pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan
keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan
mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kumpulan Sasar
Terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal (IT), Surirumah
(SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) Miskin Tegar yang produktif, iaitu:
- Tidak uzur
- Tamat persekolahan
- Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan Projek
Menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan (maksimum RM 10,000) bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi seperti:
- kursus persediaan / latihan pra-pelaksanaan
- peralatan / mesin
- bengkel / premis / ruangniaga
- bahan mentah
- modal pembangunan & operasi
Di bawah program PPP untuk tempoh RMKe9 projek-projek ekonomi yang
dijalankan adalah berasaskan kepada empat (4) kategori iaitu:
- Perusahaan sumber asas tani seperti perusahaan memproses gula, perusahaan membuat hasil produk daripada rotan dan anyaman mengkuang dan nipah, perusahaan membuat kek dan roti, perusahaan ubatan tradisional daripada herba tempatan dan sebagainya.
- Perniagaan seperti berniaga secara kecil-kecilan di ruang atau sudut perniagaan atau kiosk, perniagaan makanan dan minuman, penjaja statik atau bergerak, dsb.
- Aktiviti perkhidmatan seperti aktiviti-aktiviti menjahit dan reka fesyen pakaian, mengusahakan kedai gunting rambut dan salon kecantikan, menjalankan khidmat urut tradisional dan sebagainya.
- Aktiviti Pertanian
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Agensi-agensi KKLW.
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta.
- Kementerian / Agensi lain.
Borang Permohonan Projek Ekonomi Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
No comments:
Post a Comment