22 February 2014

Wayang Kulit Asun di Kampung Kami

Wayang Kulit Asun di Kampung Kami, Sudah lebih 20 tahun program macam ini tidak dilakukan, maka rakan rakan JKKK telah ambil inisiatif untuk mengumpul dana bagi menjayakan pertunjukan wayang kulit di kampung ini.

Orang kampung kadang kadang sunyi  dan kadang tu nak sedikit hiburan rakyat yang berbentuk tradisi. Maka Pak Majid dari wayang kulit Asun Kedah di jemput  membuat persembahan di kampung ini. Program wayang kulit ini diadakan pada 16 Feb 2014 di kawasan sawah padi yang diratakan. Difahamkan kos program lebih RM2000.00

Musim sejuk dan sedikit berangin di waktu malam telah memberi suasana seronok kepada penduduk kampung sini.

Gambar Yang sempat di rakam oleh Krew JKKK











Wayang Kulit Asun di Kampung sungai baru utan aji perlis
Pak Majid ketua wayang kulit Asun (baju putih) bersama Kob, Ahmad Razin dan Bakar Hassan

Raja Muda Perlis Melawat Kampung Kami

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli berkunjung menyampaikan bantuan kepada Asnaf di Kg Sungai baru Utan Aji , PERLIS 

Antara penerima bantuan ialah En Bakar Ya. Bakar Ya adalah salah seorang penduduk miskin yang harus dibantu. Pihak JKKK akan mengusaha bantuan lain dari sumber lain. Rumah beliau juga di dapati uzur dan perlu mendapat perhatian.

Gambar 



Tuanku Raja Muda Memberi bantuan kepada Bakar Ya sempena lawatan ke kampung kami






Tahniah JKKK yang bersikap terbuka dan telus dalam menjayakan program kampung ini.

Fauzi Ahmad
Admin
Blog 
 

03 February 2014

Video program kenduri kampung 1 Feb 2014

Selepas beberapa lama sunyi dengan acara kampung, Kampung kami kembali meriah dan gembira, Perbagai acara di buat sempena Kenduri kesyukuran di kampung ini pada 1 Feb 2014



02 February 2014

Keindahan kampung dari lensa hp

Ahad 2 feb melihat dari luar rumah ke indahan kampung dengan suasana dingin angin timur. Pagi memang dingin dan kebetulan winter wind di Perlis ketika ini.

Pagi di kampung kami

Ini suasana ketenangan di kampung kami jam 7.30 pagi,

update by hp

Program Kenduri Kampung 2014

Program Kenduri Kampung  Di adakan pada 1 Feb 2014, Dianjur bersama JKKK kampung sungai baru dan NGO kampunng yang mewakili perbagai pihak. Tujuan utama ialah mengerat silaraturahim antara penduduk tanpa mengira fahaman politik.

Banyak program di anjurkan bermula Jam 8 pagi hingga 6 petang. Sebelah pagi pertandingan memancing ikan dalam sungai, meneka biji labu, pemberian sumbangan, manakala acara sukan di adakan sebelah petang.

Majlis telah dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Arau, Dato Seri Shahidan bin Kassim.
Dato seri shahidan di kampung sungai baru

Pihak Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang hadzir pada hari itu, Pihak JKKK akan merancang program baru selepas ini.

SEBAHAGIAN GAMBAR PROGRAM PADA HARI BERKENAAN

KG SUNGAI BARU UTAN AJI, Program Kenduri Kampung 2014

KG SUNGAI BARU UTAN AJI, Program Kenduri Kampung 2014