07 September 2008

Pantun Orang Kampung

Burung berkicau di pagi hari
Hinggap atas dahan palma
Majoriti kami adalah petani
Kasih sayang kekal selama

Air bendang nampak kotor
Akibat di bajak jentera kobota
Dulu kami berbasikal bermotor
Kini selesa dengan kereta

Sawah luas mata memandang
Kampung sungai baru nama diberi
Pagi petang suasana tenang
Itu kelebihan kampung kami

Fauzi ahmad
7 Ramazan 1429
7 Sep 2008

03 September 2008

Musim menuai padi atau dulu kata 'musim mengerat'


Petani di perlis dan kawasan belah sini la ni kaya' sikit, bulan posa ni ramai dan kerap pi pasar ramazan. Pasar ramazan la ni sesak dan depa tu banyak buat duit di bulan yang mulia ini

Mula menuai awal bulan ogos lalu dan la ni ada beberapa puluh relong lagi yang tak potong padi, kerana kurang masak dan musim hujan.

Rasanya akhir ramazan ni habis semua kot padi di kg ni.

18 August 2008

Selamat Datang Ke Kampung Kami

Kampung sungai baru nama diberi
Terletak di utan aji
Musim padi setahun dua kali
Kalau mai jangan sekali

Kampung ini terletak kira-kira 6km dari bandar kangar, anda boleh ke kampung ini melalui jalan Raja Syed Alwi melalui simpang Titi Chai atau melalui Jalan Simpang Empat ke Arau dan melalui ban MADA ke kampung kami.

Aktiviti utama ekonomi ialah pertanian padi, tanaman mempelam dan projek kecilan seperti membuat kuih, ikan kering, pekasam dan kuih tradisional.